Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pasukan petugas khas 5G memulakan gerak kerja


Tarikh kemaskini: 24/06/2019





KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Empat kumpulan kerja dalam Pasukan Petugas Khas 5G telahpun memulakan tugasan masing-masing dalam menyediakan dapatan mengenai 5G.

Menurut pengerusi Pasukan Petugas Khas, Datuk Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus, tugasan mereka termasuk mengadakan penilaian teknikal serta mengesahkan potensi kegunaan kes dan model perniagaan yang sesuai.

"Tugasan lain ialah memudahkan syor-syor dasar ke arah perancangan 5G yang lebih jitu," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) hari ini.

Kumpulan Kerja itu meliputi Idea/Cadangan Perniagaan, Kawal Selia, Infrastruktur dan Pengurusan serta Pengagihan Spektrum.

Turut dijalankan oleh Pasukan Petugas Khas ialah kajian spektrum bertujuan memastikan ketersediaan spektrum untuk pelaksanaan 5G, kata kenyataan itu .

Kenyataan itu seterusnya menyatakan bahawa gesaan kerjasama untuk Projek Demonstrasi 5G Malaysia dengan pihak industri akan turut diumumkan dalam tempoh terdekat ini.

Di bawah gesaan kerjasama itu, pemain industri dijemput untuk mengemukakan projek-projek yang terletak di bawah vertikal seperti pertanian, automotif, pendidikan, media dan hiburan, kesihatan, pengeluaran, keselamatan awam, bandar pintar dan golongan kelainan upaya.

Kenyataan itu berkata Bengkel Pemantapan Rangka Kerja 5G bersama Kementerian dan Pihak Berkepentingan akan diadakan pada 27 Jun ini di Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

"Bengkel tersebut bertujuan untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan pembuat dasar mengenai manfaat teknologi 5G selain menjana idea-idea baharu tentang cara-cara untuk membolehkan kes 5G digunakan dalam pelbagai sektor,” kata kenyataan MCMC.

Menurut kenyataan itu, MCMC bakal mengadakan pertemuan dengan beberapa kementerian untuk membincangkan lebih lanjut mengenai potensi kerjasama dalam teknologi 5G. 

-- BERNAMA 

 

 

 

 

 

 


 

   

 
 
     
   
 

FAMA rancang bangunkan tanah wakaf dengan tanaman durian

 
     

Kajian kebolehlaksanaan projek terowong dasar laut belum siap sepenuhnya - Chow

 
     

Geran usahawan hanya untuk yang benar-benar layak - Mohd Redzuan

 
     

Yong bercuti, beri tumpuan kepada perbicaraan kes rogol

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel