Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kementerian Pertahanan sedia beri kerjasama kepada SPRM isu 'land swap'


Tarikh kemaskini: 24/06/2019





KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata kementerian yang diterajuinya sedia bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan siasatan urus niaga 'land swap' membabitkan tanah-tanah milik kementerian itu.

Beliau berkata SPRM bebas memanggil siapa sahaja daripada kementerian itu untuk membantu siasatan.

"Kalau SPRM minta kerjasama untuk kita bagi maklumat tambahan kita akan bekerjasama," katanya ketika ditemui pemberita pada satu majlis rumah terbuka Aidilfitri, di sini malam ini.
 
Mohamad berkata kementerian menyerahkan sepenuhnya kepada SPRM untuk menyiasat perkara itu. 

Bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dilapor memberi keterangan selama tujuh jam kepada SPRM di Putrajaya semalam berhubung isu berkenaan.

Februari lalu, Kementerian Pertahanan mendedahkan kerajaan kerugian lebih RM500 juta bagi urus niaga ‘land swap’ membabitkan tanah milik kementerian itu yang dipercayai berlaku sejak 1997.

-- BERNAMA



SYASA MAM

   

 
 
     
   
 

MBSP meterai perjanjian bersama rakan strategik

 
     

Jerebu: 201 sekolah di Selangor ditutup hari ini

 
     

Bidaan nombor pendaftaran kenderaan siri 'ALL' bermula Khamis ini

 
     

Seri Manjung lokasi baharu catat IPU sangat tidak sihat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel