Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tiada kemalangan bas di Genting Highlands


Tarikh kemaskini: 25/06/2019





KUANTAN, 25 Jun (Bernama) -- Polis Pahang hari ini, menafikan dakwaan berlaku kemalangan bas di Genting Highlands, yang tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Supt Kamarulzaman Jusoh berkata video kemalangan yang tular itu sebenarnya berlaku di perkampungan Sitinjau Lauik, Indonesia. 

"Pihak kami telah melakukan siasatan di Genting Highlands ekoran penularan video itu dan disahkan tiada kemalangan berlaku di situ. 

"Kami memohon orang ramai untuk tidak berkongsi atau menyebarkan maklumat tidak sahih kerana dibimbangi akan menimbulkan keresahan kepada masyarakat," katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini. 

Kamarulzaman berkata tindakan berkongsi video itu juga boleh menjejaskan industri pelancongan di Pahang kerana melibatkan lokasi tumpuan pelancong di sini. 

Video berdurasi hampir seminit yang tular itu menunjukkan sebuah bas hilang kawalan semasa menuruni bukit sehingga menyebabkan seorang penumpang yang berdiri di pintu tercampak keluar. 

Bas itu kemudiannya melanggar tembok penghadang jalan sebelum terperosok ke dalam longkang di bahu jalan. 

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Edward bakal naik Gunung Kinabalu secara undur, kumpul dana kebajikan

 
     

UTM arah semua aktiviti perjalanan ke China ditangguhkan serta-merta

 
     

'Info on Wheels' platform sampaikan maklumat terkini isu semasa

 
     

Polis analisis rakaman CCTV insiden Syed Saddiq - Papagomo - saksi

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel