Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis tumpas kumpulan lan Ijok, Takim di Taiping


Tarikh kemaskini: 26/06/2019





TAIPING, 26 Jun (Bernama) -- Polis berjaya menumpaskan Kumpulan Lan Ijok dan Kumpulan Takim yang aktif melakukan jenayah dengan tertangkapnya empat lelaki dalam tiga serbuan berasingan pada 17 Jun lalu. 

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Osman Mamat berkata dengan tumpasnya kumpulan itu polis berjaya menyelesaikan 27 kes pecah rumah, ragut dan samun yang dilaporkan daerah Taiping dan Kuala Kangsar membabitkan kerugian berjumlah lebih RM80,000.

Beliau berkata kumpulan Lan Ijok yang dipercayai terbabit dengan 16 kes pecah rumah sejak 2018 tumpas selepas polis seorang lelaki yang dikenali sebagai Nathan, 30an, dan ketuanya yang dikenali sebagai Lan Ijok, 40.

 "Polis turut merampas 19 barangan curi antaranya 29 telefon bimbit, 19 utas jam tangan pelbagai jenama, komputer riba dan dan kamera hasil kegiatan kumpulan Lan Ijok membabitkan kerugian berjumlah RM70,000," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping di sini hari ini.

Dalam serbuan ketiga, polis menahan dua lelaki anggota Kumpulan Takim dikenali sebagai Apoi serta Wahfi berumur 24 dan 30 di sebuah rumah di Batu 2 1/2 Simpang, di sini, dan merampas 14 barangan termasuk sebuah motosikal Yamaha 125Z, telefon bimbit serta satu palam pencucuh dipercayai digunakan untuk memecahkan cermin kenderaan bagi melakukan kegiatan samun dan ragut di sini dan di Kuala Kangsar.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Banjir kilat landa beberapa kawasan di Kuching

 
     

Empat ADUN pembangkang gesa Perlis terima pegawai SPRM

 
     

Sultan Selangor berkenan hadir ke Jamuan Teh Diraja

 
     

LTTE: Permohonan ikat jamin dua ADUN, ketua pegawai perbadanan didengar Isnin

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel