Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

MAIK tidak pernah paksa peluk islam


Tarikh kemaskini: 26/06/2019





GUA MUSANG, 26 Jun (Bernama) -- Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) tidak pernah memaksa mana-mana kaum Orang Asli yang tinggal di pedalaman daerah ini memeluk agama Islam.

Sebaliknya, kata Timbalan Yang Dipertua MAIK, Dr Nik Mohd Azlan Abd Hadi, mereka yang memeluk Islam itu di atas kerelaan sendiri selepas menerima hidayah daripada Allah kerana Islam itu mengajar kehidupan yang lebih berkat dan ceria selalu. 

Beliau berkata, jika ada pihak yang mendakwa MAIK memaksa Orang Asli peluk Islam ia sesuatu tohmahan yang tidak tepat dan sengaja untuk mengelirukan masyarakat berbilang kaum di negara yang mempunyai pilihan sendiri memeluk mana-mana agama. 

Katanya, hanya yang diperjelaskan kepada Orang Asli menerusi dakwahnya bahawa agama Islam adalah yang terbaik dan menjadi pilihan kerana lebih suci dan ada batasan terbaik untuk diamalkan sepanjang hidup. 

"Mereka yang mengeluarkan isu halangan itu mungkin dari pendapat dia sendiri dan di negara kita, hanya Islam agama rasmi," katanya kepada pemberita selepas Majlis Mesra Aidilfitri bersama Masyarakat Orang Aslo di Kampung Aring 5 di sini, hari ini. 

Beliau berkata demikian semasa ditanya berhubung dakwaan pihak tertentu yang kurang senang hati dengan kerja dakwah MAIK yang memaksa Orang Asli memeluk Islam. 

Sebelum itu, beliau turut menyampaikan sumbangan MAIK RM500 kepada setiap keluarga 15 Orang Asli suku Batek Kampung Kuala Koh yang meninggal dunia dipercayai jangkitan kuman demam campak baru-baru ini. 

Dr Nik Mohd Azlan berkata, apa yang diperjelaskan dalam program dakwahnya mengenai kesucian agama itu dan selepas itu terserahlah kepada mereka untuk menilainya sebelum memeluk agama Islam. 

"Apapun kita tidak akan berhenti program dakwah kerana ia amalan baik untuk memberi kesedaran bukan sahaja kepada yang sudah beragama Islam malah bukan Islam," katanya. 

Beliau berkata, MAIK melantik 60 guru agama dalam kalangan Orang Asli Kelantan dan mereka ini memberi bimbingan dan pendidikan agama itu supaya kaum berkenaan hidup dalam keadaan ceria dan penuh berkat.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Henry Golding tersenarai dalam Time 100 Next

 
     

Produk plastik satu daripada industri paling rancak di Malaysia - Dr Ong

 
     

Gajah mati ditembak: tiga lagi didakwa

 
     

Jalan sekitar Ipoh ditutup sempena Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel