Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pemuda PH Kelantan mahu ROS batalkan pendaftaran UMNO


Tarikh kemaskini: 26/06/2019





KOTA BHARU, 25 Jun (Bernama) -- Pemuda Pakatan Harapan (PH) Kelantan meminta Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) mengambil tindakan tegas terhadap UMNO termasuk membatalkan pendaftaran parti itu kerana menerima wang berkaitan syarikat 1MDB seperti yang didedahkan oleh Suruhyanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Timbalan Ketuanya  Azmi Hassan berkata tindakan tegas itu perlu dilakukan mengikut proses undang-undang sedia ada dengan menggunakan saluran yang betul.

"Kami serahkan perkara ini kepada ROS untuk berbincang dengan SPRM kerana SPRM sendiri mendedahkan perkara itu.

"Tindakan tegas perlu dilakukan supaya ia menjadi pengajaran kepada semua parti termasuk parti gabungan PH agar tidak mudah menerima sumbangan," katanya ketika ditemui Bernama selepas menyerahkan laporan kepada ROS Kelantan.

Laporan berkenaan diterima pengarah ROS Kelantan Dalila Diyana Mat Zaid di sini, hari ini.

Pada 21 Jun lalu, SPRM memfailkan permohonan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (Amla) untuk mendapatkan semula wang berkaitan 1MDB berjumlah RM270 juta daripada 41 pihak.

Menurut senarai yang disertakan, antara yang terlibat ialah UMNO bahagian Pekan, UMNO bahagian Johor Bahru dan Badan Perhubungan UMNO beberapa negeri seperti Kelantan, Selangor dan Pahang.

 

-- BERNAMA

 

 

 

 

 

 

   

 
 
     
   
 

Penerbit filem cabar Syed Saddiq

 
     

ESSCom: 40 cubaan culik digagalkan

 
     

Penggiat industri pelancongan Johor telah diberi taklimat berhubung koronavirus - Exco

 
     

Pengusaha cendawan turut terjejas akibat cuaca panas

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel