Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Wisma Putra perlu bincang ruang udara utara Perak bersempadan Selatan Thailand


Tarikh kemaskini: 26/06/2019





IPOH, 26 Jun (Bernama) -- Perak meminta Wisma Putra mengadakan perbincangan dengan Thailand berhubung penggunaan ruang udara di sempadan utara negeri itu dengan Thailand menjelang pembukaan Lapangan Terbang Betong.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata permintaan itu disuarakan semasa Sidang Kemuncak ke-12 Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia, Malaysia, Thailand (IMT-GT) di Bangkok, minggu lalu.

"Kita percaya jika lapangan terbang ini beroperasi, tentu ada pesawat yang akan menggunakan ruang udara kita. Ini satu perkara kena bincang dengan serius," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Hari raya Aidilfitri Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, hari ini. 

Ahmad Faizal berkata pembinaan lapangan terbang sepanjang 1.8 kilometer di Yala, wilayah selatan Thailand serta bersempadan dengan Pengkalan Hulu di utara Perak, kini 60 peratus siap.

Katanya lapangan terbang tersebut dijangka beroperasi menjelang 2021 dan kerajaan negeri akan membuat perancangan secara teliti khususnya untuk pembangunan di wilayah utara Perak itu.

"Bila ada lapangan terbang kena rancang pembangunan wilayah kita supaya boleh memanfaatkan apa akan berlaku din selatan Thailand," katanya. 

Dalam perkembangan lain, Ahmad Faizal berkata penukaran sesuatu status tanah seperti daripada  pertanian kepada perumahan dilakukan setelah diperhalusi.

"Boleh, kes demi kes. Perak boleh tukar status tanah tapi permohonan perlu dibuat dan ia diputuskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri," katanya. 

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu negeri, Paul Yong Choo Kiong berkata kerajaan negeri bersedia menimbang permohonan penukaran status tanah pertanian di Kerian sekiranya terdapat permohonan pembangunan perumahan dikemukakan kepada Majlis Daerah Kerian (MDK).

-- BERNAMA  


 

   

 
 
     
   
 

Empat ADUN pembangkang gesa Perlis terima pegawai SPRM

 
     

Sultan Selangor berkenan hadir ke Jamuan Teh Diraja

 
     

LTTE: Permohonan ikat jamin dua ADUN, ketua pegawai perbadanan didengar Isnin

 
     

Dewan Negara: LPT2 catat 246 kes kemalangan maut dari Januari 2016-Oktober 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel