Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

JPJ kekal penggunaan WhatsApp untuk orang ramai buat aduan


Tarikh kemaskini: 26/06/2019





GUA MUSANG, 26 Jun (Bernama) -- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan masih mengekal penggunaan aplikasi WhatsApp bagi memudahkan orang ramai membuat laporan kesalahan melanggar peraturan jalan raya di negeri ini.

Pengarahnya, Mahasan Mustapa berkata, langkah itu dianggap berkesan dalam menangani pemandu yang melanggar peraturan antara lain memotong di garisan berkembar, melanggar lampu isyarat dan memotong di lorong kecemasan. 

Katanya, pada peringkat permulaan aplikasi WhatsApp JPJ itu dibuka sebelum Aidilfitri lalu dan nampaknya ia memberi respond terbaik daripada pengguna dan berdasarkan laporan, sebanyak 200 kesalahan di seluruh negara yang diterima melalui WhatsApp dikeluarkan saman. 

Beliau berkata, berikutan itu, pihaknya meneruskan kemudahan berkenaan kepada semua pengguna jalan raya bagi mendidik mereka sjupaya prihatin mengenai kesalahan yang dilakukan.

"Talian itu masih dibuka 24 jam dan mereka yang ingin melaporkan kesalahan perlu lengkap dengan gambar dilokasi dan sertakan bersama kad pengenalan pengadu," katanya kepada pemberita selepas Ops Sepadu di Stesen JPJ Mentara,  di sini, hari ini. 

Orang ramai di seluruh negara yang ingin melaporkan salah laku pengguna jalan raya boleh berbuat demikian di talian 013-4498997. 

Mahasan berkata, laporan kesalahan jalan raya itu dapat membantu JPJ dalam menangani masalah pengguna jalan raya yang melanggar peraturan disemua laluan di negeri ini. 

Berhubung Ops Sepadu yang membabitkan JPJ, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) itu, beliau berkata, tidak banyak kesalahan yang dikesan dan direkodkan sepanjang dua jam operasi itu berjalan bermula 10 pagi. 

Katanya, ini kerana fokus utama operasi terbabit ialah untuk kenderaan berat khususnya treler balak yang muatan berlebihan. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Henry Golding tersenarai dalam Time 100 Next

 
     

Produk plastik satu daripada industri paling rancak di Malaysia - Dr Ong

 
     

Gajah mati ditembak: tiga lagi didakwa

 
     

Jalan sekitar Ipoh ditutup sempena Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel