Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sampel air di Kuala Koh diambil lagi untuk diuji.


Tarikh kemaskini: 26/06/2019





GUA MUSANG, 26 Jun (Bernama) -- Tiga agensi iaitu Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Kesihatan Malaysia serta Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Malaysia bertindak mengambil sampel air di empat lokasi berasingan bagi menguji ketepatan punca penyakit yang menimpa Orang Asli suku Batek sebelum ini.

Pengarah Bahagian Pelaksanaan Operasi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Azizan Abu Taat berkata, sampel air di empat lokasi itu diambil dengan merujuk kepada penduduk Orang Asli dan badan bukan kerajaan (NGO) Sahabat Jariah Malaysia.

Beliau berkata pasukannya memasuki kawasan Kuala Koh bermula pukul 10 pagi dan berakhir pukul 3 petang, hari ini.

"Sampel air di empat lokasi di sini sekali lagi diambil bertujuan bagi dibuat kajian untuk menguji ketepatan keputusan punca penyakit yang menyebabkan 15 kematian Orang Asli di sini sejak awal Mei lalu. 

Untuk tujuan itu pihak kami mengambil sampel air daripada air tadahan bukit, sungai tempat penduduk mandi, telaga tiub dan air sambungan di penempatan penduduk," katanya.

Azizan berkata keputusan mengenai sampel air kali ini akan diuji oleh Jabatan Kimia dan keputusan mengenainya bakal diperolehi pada bulan hadapan.

Jelasnya, proses pengambilan sampel dan kajian ke atas air kali ini adalah bagi memberi keputusan yang lebih tepat berhubung punca penyakit yang dihadapi oleh penduduk Orang Asli di kampung ini.

Selain itu, katanya keputusan selepas ini diharap dapat memberi kepuasan kepada banyak pihak berhubung punca penyakit di perkampungan Orang Asli berkenaan.

“Kita akan membuat lima lagi siri persampelan sehingga Julai ini untuk mendapat keputusan yang tepat.

Kita harap usaha ini dapat membantu penduduk Orang Asli untuk mendapatkan bekalan air bersih,” katanya kepada pemberita di Kampung Kuala Koh, di sini, hari ini.

Azizan berkata, penduduk Orang Asli di Kuala Koh juga dinasihatkan supaya memasak air terlebih dahulu sebelum diminum.

Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Kimia, Mohd Zaini Abdul Rahman; Presiden Sahabat Jariah Malaysia, Johan Halid;  Pengarah JMG Kelantan, Che Abdul Rahman Jaafar dan Pegawai Kesihatan Daerah Gua Musang, Dr Mohamad Rafiq Mohd Kasri.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

UniSZA muncul universiti rujukan manuskrip digital pertama di Malaysia

 
     

Masalah kemiskinan di Kelantan masih serius

 
     

Sarawak alu-alukan siasatan SPRM - Abdul Karim

 
     

Tambak laut: Anwar akan bertemu Ketua Menteri untuk bincang

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel