Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

KPDNHEP N. Sembilan rekod nilai sitaan RM1.3 juta tahun ini


Tarikh kemaskini: 26/06/2019





SEREMBAN, 26 Jun (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan menyita pelbagai barangan bernilai RM1.3 juta dan mengenakan kompaun RM64,550, atas pelbagai kesalahan yang dilakukan peniaga bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini.

Pengarahnya, Ain Arjuna Aziz Zaman berkata di sepanjang tempoh itu juga, pihaknya telah menjalankan pemeriksaan dan risikan ke atas 12,989 premis dan daripada jumlah itu 362 kes dicatatkan ke atas 265 peniaga dan individu yang melakukan pelbagai kesalahan termasuklah membuat jualan murah tanpa kebenaran dan menggunakan timbang yang tidak ditentusahkan.

“Kami komited menjaga kepentingan dan menjamin hak-hak pengguna terutamanya di negeri ini. Dalam menjamin hak-hak pengguna secara berterusan, pelbagai situasi dilalui sepanjang tahun ini antara cabarannya ialah membanteras sindiket barangan tiruan, penyelewengan barangan bersubsidi dan memastikan kedudukan harga bagi barangan yang terkawal dalam keadaan stabil.

"Antara kejayaan terbesar KPDNHEP negeri ini berjaya melumpuhkan sindiket barangan tiruan dengan barang rampasan sebanyak RM1.1 juta selain pesalah kes Akta Perlindungan Pengguna dijatuhkan hukuman penjara 53 tahun atas kesalahan penipuan gores dan menang,” katanya kepada pemberita selepas majlis jamuan Hari Raya KPDNHEP Negeri Sembilan di sini, hari ini.

Sementara itu, mengulas mengenai perlaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) 2019 sempena Tahun Baru Cina dan Hari Raya tahun ini, Ain Arjuna berkata sebanyak 17 kes direkodkan atas pelbagai kesalahan.

"Antara kesalahan yang dikesan hasil pemeriksaan ke atas 3,581 premis termasuklah gagal menggunakan tanda harga merah jambu dan menjual barang terkawal lebih daripada harga maksimum.

Ain Arjuna berkata, bagaimanapun pihaknya menegaskan setiap peniaga hendaklah mematuhi segala undang undang yang dikuatkuasakan oleh KPDNHEP agar mereka dapat bersaing dengan sihat dan hak- hak pengguna terjaga.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     

MBM cadangkan supaya ijazah graduan protes ketika graduasi ditahan sehingga mohon maaf

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel