Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kejayaan tumpaskan Kuala Lumpur amat bermakna - Nafuzi


Tarikh kemaskini: 27/06/2019




KUALA TERENGGANU, 27 Jun (Bernama) -- Jurulatih sementara Terengganu FC, Nafuzi Zain menyifatkan kemenangan 3-1 ke atas Kuala Lumpur pada perlawanan malam tadi amat bermakna di saat pasukan itu berdepan masalah penggantungan dan kecederaan enam pemain utama.

Nafuzi berkata beliau amat berpuas hati dengan komitmen kesemua pemain terutama di bahagian pertahanan yang dibarisi pemain tempatan muda termasuk Amirzafran Wan Nadris, Muhamad Mohd Faudzi, Adib Aizudin Ab Latif dan Hafizal Mohamad yang dipinjam daripada pasukan 'feeder club' TFC ll.

Beliau berkata tanpa tonggak pertahanan import, tekanan agak dirasai pada awal permainan tetapi pemain membalas kepercayaan dan peluang yang diberikan dengan menghadiahkan tiga gol termasuk satu daripada hasil sepakan penalti.

"Saya nak ucap terima kasih kepada semua pemain yang bermati-matian mendapatkan tiga mata.  Bahagian pertahanan melakukan tugasan dengan baik tidak seperti sebelumnya yang mana kita banyak bolos 'set piece," katanya kepada pemberita selepas perlawanan menentang Kuala Lumpur di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini malam tadi.

Menyifatkan kemenangan itu satu suntikan moral baginya untuk terus memberi bimbingan terbaik kepada pasukan, Nafuzi berkata beliau tidak mempunyai masa yang cukup untuk melakukan pelbagai perancangan atau perubahan kepada pasukan kerana baru sebulan lebih mengambil alih tugas mengendalikan TFC daripada bekas ketua jurulatihnya, Irfan Bakti Abu Salim yang meletak jawatan kerana mengambil tanggungjawab atas kemerosotan prestasi Skuad Penyu.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Kedah perkasa kedudukan dalam industri kertas teknologi hijau

 
     

Wabak coronavirus tidak jejas tahun melawat Johor -- Exco pelancongan

 
     

Ibu tunggal didakwa bunuh anak sendiri

 
     

Tiada rancangan laksanakan kajian mansuh butiran agama pada kad pengenalan - KDN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel