Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lelaki ditahan acu pisau ke leher bapa


Tarikh kemaskini: 27/06/2019





KEPALA BATAS, 27 Jun (Bernama) -- Seorang lelaki ditahan polis semalam kerana mengamuk dan mengugut bapanya berusia 62 tahun dengan meletakkan pisau belati pada leher dan dada dalam kejadian di Kuala Muda, Penaga, dekat sini Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata lelaki berumur 34 tahun itu turut bertindak mengacukan pisau ke arah ibunya yang datang menenteramkan keadaan semasa dia mengamuk dalam kejadian kira-kira pukul 7.05 malam itu.

"Lelaki itu kemudiannya mencampakkan pisau tersebut dan terus keluar dari rumah mereka sebelum bapanya datang membuat laporan berikutan takut perkara sama berulang pada masa hadapan," katanya di sini hari ini.

Katanya berikutan itu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah SPU yang mengadakan Op Cantas berjaya menahan lelaki tersebut kira-kira pukul 5 petang semalam di kawasan Penaga untuk siasatan lanjut.

"Ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap lelaki bekerja sendiri itu mendapati dia positif dadah dan suspek juga mempunyai satu rekod lampau berkaitan kes dadah," katanya.

Katanya lelaki itu kini direman empat hari untuk siasatan membuat ugutan jenayah di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

-- BERNAMA 

 


 

   

 
 
     
   
 

PH tidak tolak hasil kajian berbentuk ilmiah dan membina - Muhyiddin

 
     

Iikan lumba-lumba terdampar diselamatkan pelajar UMT

 
     

JIM tumpas penipuan dalam talian warga China di Ipoh

 
     

Henti polemik isu hak milik tanah kampung baharu - MB Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel