Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jumlah Orang Asli di PPS semakin bertambah


Tarikh kemaskini: 27/06/2019





GUA MUSANG, 27 Jun (Bernama) -- Orang Asli suku Batek yang dijangkiti wabak demam campak ditempat di Pusat Penempatan Sementara (PPS) Taman Etnobotani, di sini, bertambah kepada 72 orang sejak dibuka 18 Jun lalu hingga petang semalam.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah, Hizani Ibrahim berkata, Orang Asli yang ditempatkan di situ selepas mereka menerima rawatan di Hospital Gua Musang (HGM) dan tidak dibenarkan pulang sementara ke Kampung Kuala Koh. 

Beliau berkata, bilangan mereka yang ditempatkan sementara di PPS itu membabitkan 22 keluarga dan dijangka akan meningkat kepada lebih 100 orang dalam masa terdekat ini kerana masih ada yang menerima rawatan di HGM dan Hospital Kuala Krai (HKK).

Katanya, mereka yang tinggal di PPS itu dikawal supaya tidak bergerak bebas di samping diberi saringan kesihatan setiap hari supaya mereka benar-benar bebas daripada jangkitan wabak penyakit itu sebelum dibenarkan pulang kerumah mereka nanti. 

"Sejak PPS itu dibuka, Orang Asli yang ditempatkan disitu bertambah setiap hari dan kita diberi tanggungjawab menjaga kebajikan mereka," katanya ketika dihubungi hari ini. 

Tragedi jangkitan wabak demam campak di Kampung Kuala Koh, awal Mei lalu mengakibatkan 15 Orang Asli suku Batek meninggal dunia dan 112 orang lagi menerima rawatan di HGM, HKK, Klinik Kesihatan Chiku 3 dan Klinik Kesihatan Aring 1.

Berikutan kejadian itu, kerajaan terpaksa membuka PPS di Taman Etnobotani untuk menempatkan Orang Asli yang dijangkiti wabak berkenaan untuk dikuarantin sehingga mereka sihat sepenuhnya sebelum dibenarkan pulang ke rumah. 

Hizani berkata, setiap mereka termasuk kanak-kanak Orang Asli yang ditemani ibu bapa masing-masing di PPS itu perlu mengambil masa 21 hari bagi memastikan kesihatan mereka pulih. 

Katanya, bagi tujuan itu juga, pihak yang tidak berkenaan dilarang melawat Orang Asli di PPS  terbabit  untuk mengelak jangkitan wabak demam campak.

"Kita juga menerima banyak sumbangan seperti makanan dan keperluan penjagaan kesihatan daripada pelbagai pihak termasuk individu yang bersimpati dengan nasib Orang Asli terbabit,"katanya. 

-- BERNAMA

 

 


 

   

 
 
     
   
 

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     

Jerebu jejas pendapatan peniaga Tamu Ahad Sabindo

 
     

Jerebu tidak halang orang ramai beriadah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel