Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

MAQIS Kelantan catat 48 kes tangkapan melibatkan nilai RM1.13 juta setakat Mei tahun ini.


Tarikh kemaskini: 27/06/2019





PASIR MAS, 27 Jun (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Kelantan berjaya merekodkan 48 kes tangkapan sejak Januari sehingga Mei tahun ini, yang melibatkan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM1.13 juta.

Pengarahnya Mohd Azam Yahya berkata rampasan paling banyak melibatkan ternakan lembu iaitu dengan nilai lebih RM1 juta.

Beliau berkata kemasukan lembu ke negara ini melalui pangkalan haram dijangka makin banyak khususnya menjelang sambutan Hari Raya Korban nanti.

"Kita berterima kasih kepada agensi-agensi penguatkuasa di sempadan terutamanya Pasukan Gerakan Am (PGA) yang banyak memberikan kerjasama dalam membanteras penyeludupan.

"Terbaharu, pihak kami bersama Batalion 7 (PGA7) berjaya merampas 1,465 ekor ikan hiasan di pangkalan haram Lubok Gong, Rantau Panjang yang bernilai RM93,100 pada pukul 2.00 petang 24 Jun lalu," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Aidilfitri MAQIS di sini, hari ini.

Jelasnya, perbuatan itu menjadi kesalahan kerana tidak mempunyai permit impot dan kes akan disiasat mengikut Akta MAQIS 2011 (Akta 728).

"Perbuatan mengimpot ikan hiasan tanpa permit impot yang sah daripada MAQIS adalah satu kesalahan dibawah Seksyen 11(1) Akta MAQIS 2011 dan boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 11(3) akta yang sama.

"Jika sabit kesalahan, mereka yang terlibat boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tempoh enam tahun atau kedua-duanya sekali," katanya dan menambah kesalahan itu juga boleh dikenakan tindakan kompaun mengikut Peraturan-Peraturan Kuarantin dan Pemeriksaan (Perkompaunan Kesalahan 2019) sehingga RM50,000.

Dalam perkembangan sama, Mohd Azam berkata MAQIS Kelantan sedang mengetatkan kemasukan daging babi dari negara jiran kerana terdapat notis daripada Pertubuhan Keselamatan Haiwan Antarabangsa mengenai penyakit "African Swine Fever" yang berpunca daripada babi.

Katanya demam yang berpunca daripada haiwan berkenaan kini sudah dikesan berlaku di Laos, Kemboja dan Thailand.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Iikan lumba-lumba terdampar diselamatkan pelajar UMT

 
     

JIM tumpas penipuan dalam talian warga China di Ipoh

 
     

Henti polemik isu hak milik tanah kampung baharu - MB Perak

 
     

Yuran Kelab Berkuda, Rekreasi Rakyat Parlimen Shah Alam hanya RM50

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel