Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

UniSZA pupuk minat pelajar berkebun


Tarikh kemaskini: 27/06/2019




KUALA NERUS, 27 Jun (Bernama) -- Inisiatif Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mewujudkan taman mini botani di kolej kediaman pelajar mampu memupuk minat berkebun dan mengeratkan hubungan dengan komuniti setempat.

Presiden Majlis Kolej Kediaman UniSZA, Engku Mohammad Fadhli Engku Fauzi berkata projek itu telah dimulakan pada 1 April lalu dan diusahakan oleh penghuni kolej secara gotong royong.

Beliau yang juga pengarah projek taman botani itu berkata antara tanaman yang diusahakan termasuk bendi, kangkung, cili, sawi, kobis, timun batang,  bayam dan jagung di tapak yang berkeluasan sekitar suku ekar.

"Walaupun sibuk dengan tugas hakiki sebagai mahasiswa, kami bergilir-gilir menjaga tanaman ini dan hasilnya telah dapat dituai dan diagihkan kepada komuniti setempat. Projek ini bukan sahaja dapat memanfaatkan ruang terbiar di kolej, malah mengeratkan hubungan antara kami serta komuniti," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Sementara itu, Naib Canselor UniSZA, Prof Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata inisiatif itu diambil bagi mendidik pelajar dengan pelbagai bidang ilmu seperti pertanian, sukarelawan dan perniagaan.

Beliau berkata ia hanya  permulaan kepada projek tanaman yang lebih besar yang sedang dirancang pada masa ini.

"Walaupun ia diusahakan oleh pelajar tetapi penyeliaan dilakukan juga oleh tenaga pengajar kami dari Fakulti Bio Sumber dan Industri Makanan.

"Mereka akan memberi khidmat nasihat kepada pelajar tentang teknik penanaman dan penjagaan tanaman serta penggunaan baja organik bagi memelihara keselamatan makanan dan kebersihan alam sekitar," katanya.

Katanya lagi, pada masa akan datang pihaknya bercadang untuk menambah keluasan tanaman dan mempelbagaikan aktiviti pertanian iaitu perternakan ikan sangkar dan udang karang dalam sangkar.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     

Jerebu jejas pendapatan peniaga Tamu Ahad Sabindo

 
     

Jerebu tidak halang orang ramai beriadah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel