Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Bersatu Semporna sasar 5,000 ahli menjelang akhir tahun ini


Tarikh kemaskini: 27/06/2019





KOTA KINABALU, 27 Jun (Bernama) -- Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Semporna menyasarkan untuk mencapai 5,000 ahli menjelang akhir tahun ini, kata Ketua Penajanya, Mohd Daud Tampokong.

Beliau berkata setakat ini penerimaan Bersatu di bahagian berkenaan menggalakkan dan kini seramai 1,500 ahli telah mendaftar.

"Kita percaya berdasarkan penerimaan yang baik oleh masyarakat Semporna, jumlah keahliannya akan bertambah dari semasa ke semasa," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Justeru, beliau menggesa agar seluruh anggota jawatankuasa yang ditanggungjawabkan Bersatu Bahagian Semporna supaya lebih bekerja keras dalam usaha memantapkan parti tersebut di bahagian berkenaan.

"Kita juga menzahirkan sokongan dan keyakinan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Pengerusi Bersatu dalam menangani segala permasalahan dan cabaran yang dihadapi parti dan juga kerajaan persekutuan.

"Sokongan padu dan kesetiaan juga kami berikan kepada barisan kepimpinan Bersatu di peringkat nasional dan juga negeri Sabah," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Sultan Nazrin, Tuanku Zara berangkat ke Pertandingan Pidato Diraja 2019

 
     

Tiada lagi pencemaran di Sungai Ulu Benut

 
     

Buluh, daun rumbia hasilkan replika tempua terbesar di Malaysia

 
     

KYP Advanced Skills dialukan dalam penubuhan De' Royal Azizah Culinary School

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel