Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Liputan berita tentang anti keganasan galak masyarakat bersatu memeranginya - Lakhdhir


Tarikh kemaskini: 27/06/2019





KOTA KINABALU, 27 Jun (Bernama) -- Liputan berita mengenai menamatkan ekstremisme ganas dan keganasan akan menggalakkan masyarakat untuk bersatu bagi menangani masalah itu, kata Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Kamala Shirin Lakhdhir.

Beliau berkata rencana mengenai perkara itu akan mencetuskan kebangkitan masyarakat untuk mengecam dan menamatkan ekstremisme ganas serta keganasan.

"Ia benar-benar persoalan tentang bagaimana komuniti boleh memainkan peranan  yang membolehkan mereka mengakhiri konflik dan keganasan.

"Dan sebahagian daripada peranan  anda (wartawan) ialah menyampaikan berita itu kepada rakyat untuk mereka mengambil tindakan," kata beliau ketika menutup bengkel mengenai peranan media dalam membuat liputan mengenai ekstremisme ganas dan radikalisasi yang mencetuskan keganasan di sini.

Bengkel tiga hari yang bermula 25 Jun itu dianjurkan bersama oleh Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia, Institut Akhbar Malaysia (MPI) dan Pusat Serantau Asia Tenggara bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT).

Lakhdhir berkata berita-berita sedemikian boleh memberi kesan kepada kehidupan orang ramai dan memaklumkan kepada orang tentang bagaimana mereka boleh memainkan peranan dalam usaha menangani masalah itu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MPI Datuk Dr Chamil Wariya berkata matlamat bengkel itu adalah untuk mewujudkan satu platform untuk membincangkan mekanisme kerjasama antara media, masyarakat sivil dan agensi kerajaan dalam memerangi keganasan ekstremisme.

Chamil berkata ia adalah peluang untuk peserta membincangkan isu dan masalah dalam melaporkan isu ekstremisme dan keganasan.

Beliau berkata pengamal media perlu tahu pendirian mereka dalam mengekang ekstremisme ganas dan radikalisasi dan pada masa yang sama melaporkan dengan tepat dan benar.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

FAMA rancang bangunkan tanah wakaf dengan tanaman durian

 
     

Kajian kebolehlaksanaan projek terowong dasar laut belum siap sepenuhnya - Chow

 
     

Geran usahawan hanya untuk yang benar-benar layak - Mohd Redzuan

 
     

Yong bercuti, beri tumpuan kepada perbicaraan kes rogol

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel