Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Remaja hilang di Lahad Datu dicari


Tarikh kemaskini: 28/06/2019





LAHAD DATU, 28 Jun (Bernama) -- Polis memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan yang diklasifikasikan sebagai Orang Hilang (OH).

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Nasri Mansor berkata remaja itu dikenali sebagai Nur Annisah Abdullah, 16, dan kali terakhir berada di kediamannya di Kampung PPRT Peringkat 2, Jalan Lahad Datu-Silabukan dekat sini.

"Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Sarjan W Aspalainah Mohd Zain dari Balai Polis Lahad Datu di talian 01119019728 atau menyalurkan maklumat ke balai polis berdekatan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Nasri berkata ibu remaja itu melaporkan kehilangan anaknya pada 9.43 pagi semalam selepas remaja itu tidak pulang ke rumah setelah memohon izin untuk ke bandar Lahad Datu pada 10 Jun lepas.

Kata Nasri, siasatan awal polis mendapati remaja berkenaan tinggal bersama neneknya dekat sini manakala ibunya menetap di Kuala Lumpur dan pada hari kejadian, remaja ini memohon untuk keluar rumah dan berjumpa ibunya yang pulang ke Lahad Datu sempena sambutan Aidilfitri.

"Selain itu, wanita berusia 35 tahun berkenaan ada menerima mesej WhatsApp daripada Nur Annisah dan meminta agar ibunya itu tidak risau kerana dia dalam keadaan baik.

"Namun, kerana risau selepas gagal mencari anak tunggal hasil perkahwinan dengan bekas suami itu di sekitar Lahad Datu, ibunya tampil membuat laporan polis," katanya.

Dalam pada itu, Nasri berkata ibu remaja yang berkahwin baharu itu mengesyaki anaknya keluar rumah bagi mencari kebebasan dan mengikut rakan sebayanya.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Raja Perlis mahu pendakwah saudara baharu sentiasa lengkapkan ilmu

 
     

Profesionalisme pakar patologi negara diyakini

 
     

Polis akan panggil penganjur perhimpunan anti-Lynas

 
     

Bacaan IPU di Sri Aman kekal 'sangat tidak sihat'

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel