Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Seramai 19 orang hilang tempat tinggal dalam kebakaran kuarters di Miri


Tarikh kemaskini: 28/06/2019





MIRI, 28 Jun (Bernama) -- Kanak-kanak perempuan berusia dua tahun adalah antara 19 mangsa yang berjaya menyelamatkan diri dalam kebakaran satu blok kuarters pekerja kilang kayu di Jalan Kuala Baram lewat malam semalam.

Ketua Bomba dan Penyelamat Miri Law Poh Kiong berkata, kuarters tujuh pintu itu menempatkan pekerja-pekerja kilang kayu yang terdiri daripada 16 warga tempatan, seorang warga Filipina dan dua warga Indonesia.

"Kebakaran turut memusnahkan sebuah kereta jenis Perodua Bezza dan motosikal jenis Honda EX5," katanya dalam satu kenyataan pagi ini.

Beliau berkata panggilan kecemasan diterima pada pukul 10.46 malam dan operasi pemadaman yang melibatkan dua buah balai bomba iaitu balai bomba Lopeng dan Balai Bomba Miri, tamat pada pukul 1.37 pagi.

Menurutnya, punca kebakaran serta jumlah kerugian masih lagi dalam siasatan.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Kedah nafi keluarkan watikah kurniaan Ahli Kehormat DiRaja

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort 448 orang

 
     

PGA9 rampas rokok putih bernilai RM750,000

 
     

Sambutan filem 'Garang - Aku Luar Biasa' mengenai atlet paralimpik kurang memberangsangkan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel