Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

M’sia tegaskan pendirian tunggu keputusan serta bukti kukuh siasatan MH17


Tarikh kemaskini: 28/06/2019





KUALA LUMPUR, 28 Jun (Bernama) -- Malaysia menganggap insiden pesawat MH17 milik Malaysia Airlines (MAS) yang ditembak jatuh di timur Ukraine hampir lima tahun lepas masih dalam siasatan dan masih menunggu keputusan serta bukti kukuh.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata ini kerana masih terdapat pelbagai persoalan serta kemusykilan berkaitan insiden itu, khasnya memandangkan Malaysia menyertai Pasukan Penyiasat Bersama Antarabangsa (JIT) beberapa bulan selepas ia ditubuhkan.

“Selagi kita tidak lihat dengan jelas tentang bukti kukuh mengaitkan empat nama itu kita anggap perkara itu masih dalam proses siasatan," katanya apabila ditanya mengenai langkah JIT untuk membicarakan empat orang berhubung kejadian itu dan rasa tidak puas hati yang diluahkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan keputusan pasukan penyiasat antarabangsa itu.

Pada 19 Jun, JIT mengumumkan bahawa ia akan mengeluarkan waran tangkap terhadap tiga warga Rusia-Igor Girkin, Sergey Dubinskiy dan Oleg Pulatov - serta seorang warga Ukraine iaitu Leonid Kharchenko yang dikatakan bertanggungjawab bagi tragedi MH17.

“Perbicaraan akan diadakan pada Mac hadapan. Masih ada masa untuk cari bukti berkaitan. Kita tunggu sampai perbicaraan di mahkamah dan akan nilai sebarang keputusan kelak,” katanya selepas melancarkan buku Bantuan Demokrasi dan Pendanaan Asing: Melewati Pertukaran Rejim tulisan Muhammad Takiyuddin Ismail terbitan Universiti Malaya (UM) Press di sini hari ini.

Pada 17 Julai 2014, pesawat MH17 dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak jatuh di ruang udara wilayah Ukraine yang dikuasai kumpulan pemisah pro Russia mengorbankan 298 orang.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kedah perkasa kedudukan dalam industri kertas teknologi hijau

 
     

Wabak coronavirus tidak jejas tahun melawat Johor -- Exco pelancongan

 
     

Ibu tunggal didakwa bunuh anak sendiri

 
     

Tiada rancangan laksanakan kajian mansuh butiran agama pada kad pengenalan - KDN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel