Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Madrasah Al Hikmah beri peluang pendidikan kepada kanak-kanak tanpa dokumen


Tarikh kemaskini: 28/06/2019




KOTA KINABALU, 28 Jun (Bernama) -- Madrasah Al Hikmah Kampung Likas di sini memberi peluang pendidikan hampir setaraf dengan sekolah kerajaan kepada anak-anak tanpa dokumen di daerah ini.

Madrasah yang ditubuhkan pada 2005 dengan hanya 17 murid, kini mempunyai hampir 500 orang murid dan enam tenaga pengajar.

Guru besar madrasah itu, Jubaira Uddin berkata pelajar hanya perlu membayar yuran RM20 setiap bulan untuk bersekolah di madrasah berkenaan.

Katanya yuran berkenaan merupakan sumber kewangan utama madrasah itu untuk membiayai tenaga pengajar, bil elektrik dan bil air.

"Kami mahu anak-anak tanpa dokumen mendapat pendidikan yang baik agar mereka terpelihara daripada budaya negatif akibat terpinggir dari pendidikan," katanya kepada Bernama di sini.

Madrasah itu merupakan antara dua pusat pendidikan persendirian diwujudkan untuk kanak-kanak tiada dokumen di daerah ini. Sebuah lagi ialah Sekolah Etania, juga terletak di kawasan Likas.

Semalam, Madrasah Al Hikmah menerima kunjungan rombongan pegawai tentera laut Amerika Syarikat, bersempena lawatan Kapal USS Pioner Avengers-Class ke Kota Kinabalu.

Dalam lawatan itu, seramai 15 pegawai tentera laut Amerika telah meluangkan masa selama sejam untuk beramah mesra dengan murid-murid madrasah tersebut sebagai satu usaha merapatkan hubungan komuniti di antara kedua-dua negara.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Peserta program bimbingan INSKEN raih jualan RM8.89 juta

 
     

Lapan nelayan hilang di perairan Tambisan

 
     

Polis siasat pagar rumah wartawan disimbah cat merah

 
     

Sekolah Tamil pupuk perpaduan menerusi sambutan Ponggal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel