Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pekerja ladang kelapa sawit didakwa lupus RM1.05 Juta


Tarikh kemaskini: 28/06/2019





KUALA LUMPUR, 28 Jun (Bernama) -- Seorang pekerja ladang kelapa sawit mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melupuskan wang berjumlah RM1.05 juta hasil daripada aktiviti wang haram dari akaun simpanan miliknya, tiga tahun lalu. 

R. Poobalan, 35, membuat pengakuan itu selepas pertuduhannya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah terhadapnya di hadapan Hakim Hasbullah Adam. 

Bapa tiga anak itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di Public Bank Berhad cawangan Sungai Pelek, Selangor antara 7 Dis 2016 hingga 25 Feb 2017 mengikut Subseksyen 4 (1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 yang boleh dihukum mengikut Subseksyen 4 (1) akta sama.

Subseksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau RM5 juta, mengikut yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Atiqah Liyana Shahrir menawarkan  jaminan berjumlah RM100,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Tertuduh yang diwakili peguam Sritharan C. Nadarajan memohon jaminan sebanyak RM20,000  atas alasan tertuduh menghidap strok dan masih menjalani rawatan serta menanggung kos perubatan sendiri.

“Dia juga menghadapi empat pertuduhan lain iaitu masing-masing satu pertuduhan di Mahkamah Majistret Petaling Jaya dan Mahkamah Sesyen Seremban serta dua pertuduhan lagi di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur,” kata Sritharan.

Mahkamah membenarkan Poobalan diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah dan menetapkan 16 Julai untuk  sebutan semula kes.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Yuran Kelab Berkuda, Rekreasi Rakyat Parlimen Shah Alam hanya RM50

 
     

Lexis Hibiscus Port Dickson dinamakan tempat perkahwinan terkemuka di dunia

 
     

Ibu berpantang harungi banjir bersama bayi berusia 15 hari

 
     

JAS Negeri Sembilan sita kilang disyaki lepaskan enap cemar minyak hitam terpakai

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel