Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

MMIS sasar RM5 juta daripada penyenaraian di Pasaran LEAP


Tarikh kemaskini: 28/06/2019




KUALA LUMPUR, 28 Jun (Bernama) -- Penyedia komponen kejuruteraan, MMIS Bhd yang akan disenaraikan di Pasaran LEAP Bursa Malaysia pada Ogos 2019, menyasarkan untuk meraih RM5 juta daripada terbitan saham baharu sebanyak 10 sen sesaham.

MMIS terlibat dalam pembuatan, pemasaran dan jualan komponen kejuruteraan.

Dalam Memorandum Maklumatnya yang dilancarkan hari ini, syarikat itu berkata sebanyak 40 peratus atau RM2 juta daripada hasil tersebut akan digunakan sebagai perbelanjaan modal dan RM2 juta lagi untuk modal kerja dengan baki RM1 juta akan digunakan untuk perbelanjaan berkaitan penyenaraian.

Sementara itu, Ketua Kewangan Korporat MMIS Dr Jeffrey Chin Fook Kheong berkata penyenaraian di Pasaran LEAP akan membuka laluan kepada syarikat untuk memasuki Pasaran ACE dalam tempoh dua tahun. 

“Jika kami mencatatkan keuntungan yang menggalakkan dalam tempoh 12 hingga 24 bulan, kami merancang untuk memasuki Pasaran ACE,” katanya pada sidang media selepas pelancaran Memorandum Maklumat untuk tawaran awam permulaan pasaran LEAP di sini hari ini. 

Berdasarkan Memorandum Maklumat, keuntungan bersih MMIS meningkat kepada RM4.11 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2018 daripada RM1.30 juta pada tahun kewangan 2017.

Perolehan turut naik kepada RM17.02 juta daripada RM9.35 juta sebelum ini.

Mengenai prospek syarikat bagi tahun kewangan 2019, Chin menjangka prestasi akan merosot sedikit disebabkan perang perdagangan AS-China yang berterusan.    

Mengenai masa depan, beliau, bagaimanapun yakin prestasi syarikat akan meningkat susulan pengembangan kapasiti pengeluarannya, yang dijangka selesai pada pertengahan 2020. 

Syarikat itu akan menggunakan perbelanjaan modal sebanyak RM2 juta daripada penyenaraian di Pasaran LEAP untuk membeli empat mesin tambahan bagi memperluaskan lagi rangkaian produknya, katanya.

Pelanggan sedia ada syarikat itu termasuklah Vitrox Technologies Sdn Bhd dan Towam Sdn Bhd.   

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel