Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sabah isytihar 30 Julai cuti am tambahan sempena Hari Pertabalan Agong


Tarikh kemaskini: 28/06/2019




KOTA KINABALU, 28 Jun (Bernama) -- Kerajaan negeri Sabah hari ini mengisytiharkan 30 Julai sebagai cuti am tambahan sempena Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam satu kenyataan berkata keputusan berkenaan adalah selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan mengisytiharkan 30 Julai sebagai hari kelepasan am tambahan sempena hari pertabalan Agong.

Katanya pengisytiharan cuti umum ini dibuat berdasarkan Seksyen 9 Ordinan Hari Kelepasan Am Sabah (Bab 56) dan diperkenankan oleh Yang di-Pertua Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Kerajaan PH akan terus laksana polisi beri manfaat pada rakyat

 
     

Seramai 70 peserta sertai Raleigh Borneo Expedition 2019

 
     

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel