Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis buru dua lelaki bunuh warga emas


Tarikh kemaskini: 28/06/2019





KEPALA BATAS, 28 Jun (Bernama) -- Polis sedang memburu dua lelaki dipercayai terlibat dalam kejadian seorang wanita warga emas disamun sebelum dibunuh di rumahnya di Taman Seri Merbau, Sungai Dua dekat sini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan itu mendapati dua lelaki dipercayai warga tempatan terlibat dalam kejadian tersebut semalam.

"Kediaman mangsa tidak dilengkapi CCTV namun kami telah mendapatkan rakaman dari beberapa rumah yang terletak di kawasan berdekatan rumah mangsa dan sedang meneliti rakaman CCTV untuk mengenal pasti kedua-dua suspek," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya siasatan lanjut masih dijalankan kes berkenaan disiasat menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian itu, mayat mangsa, Loo Nyak Sing,71, ditemukan dalam sebuah bilik dalam keadaan tangan dan kaki diikat di tingkat atas rumah dua tingkat itu oleh anaknya yang datang melawat mangsa kira-kira pukul 4.25 petang.

Pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan kelar pada bahagian belakang badan serta paha mangsa dan pihak polis tidak menolak kemungkinan berlaku pergelutan antara suspek dan mangsa.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

JAS Johor pergiat pemantauan di sungai tercemar, kritikal di Pasir Gudang

 
     

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel