Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pesta Belon Udara Panas di Nilai selama tiga hari mulai hari ini


Tarikh kemaskini: 28/06/2019





NILAI, 28 Jun (Bernama) -- Buat pertama kali Pesta Belon Udara Panas berlangsung di Nilai Vision City, Bandar Baru Nilai di sini selama tiga hari mulai hari ini.

Selain belon udara panas turut diadakan penjualan pelbagai aneka makanan daripada 'food trucks' dan gelongsong gergasi untuk kanak-kanak.

Pesta anjuran pemaju Nilai Vision City, Kumpulan GD Holdings diadakan sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri dengan tema ‘Raya On Air’.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai, J. Arul Kumar berkata menerusi pesta ini, orang ramai berpeluang merasai menaiki tiga belon udara panas di situ.

Katanya selain meraikan Aidilfitri, pesta itu juga bertujuan untuk merapatkan hubungan penduduk dan mempromosi pembangunan Nilai Vision City.

"Dahulu tidak ada siapa pun lihat Nilai ini, tetapi sejak 10 tahun ini Nilai membangun begitu pesat. Terdapat banyak pembangunan di kawasan Nilai sekarang seperti taman-taman perumahan, rumah kedai, hotel, perindustrian, kelab golf, pusat membeli-belah Nilai 3, institusi pengajian tinggi (Usim dan Manipal University), stesen komuter, Pasaraya Aeon Mall dan lain-lain.

"Pembangunan ini sudah pasti akan membantu merancakkan lagi ekonomi di kawasan Nilai. Kita mengalu-alukan penglibatan sektor swasta atau syarikat swasta seperti Kumpulan GD Holdings ini untuk bersama-sama dengan kerajaan negeri membangunkan kawasan Nilai ini," katanya ketika merasmikan Pesta Belon Udara Panas itu di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Pengarah Urusan Kumpulan GD Holdings Huan Woon Han.

-- BERNAMA     


 

   

 
 
     
   
 

Sultan Nazrin, Tuanku Zara berangkat ke Pertandingan Pidato Diraja 2019

 
     

Tiada lagi pencemaran di Sungai Ulu Benut

 
     

Buluh, daun rumbia hasilkan replika tempua terbesar di Malaysia

 
     

KYP Advanced Skills dialukan dalam penubuhan De' Royal Azizah Culinary School

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel