Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

99 peratus pemulihan bekalan air setakat 6 petang - Air Selangor


Tarikh kemaskini: 28/06/2019





KUALA LUMPUR, 28 Jun (Bernama) -- Beberapa kawasan di Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang yang terjejas dan mengalami gangguan bekalan air ekoran Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih yang terpaksa dihenti tugas sejak Rabu lalu (26 Jun), hampir pulih sepenuhnya.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Abdul Raof Ahmad berkata keadaan itu berdasarkan pemantauan rapi dan bacaan tekanan di sistem-sistem agihan sehingga jam 6 petang ini.

“Kesemua kawasan di wilayah Hulu Langat telah pulih manakala Presint 14, Putrajaya serta Kampung Sungai Kelambu dan Taman Dato Hormat masih mengalami gangguan dan tekanan rendah.

“Bagi wilayah Petaling, kesemua kawasan telah pulih kecuali aliran bekalan ke Hospital Serdang yang masih belum stabil,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata bekalan air pulih 99 peratus di 98 kawasan di wilayah Sepang kecuali di Presint 14, yang dijangka pulih sepenuhnya pada 9 malam ini.

Ia disusuli wilayah Kuala Langat (99 peratus) bagi 84 kawasan kecuali Kampung Sungai Kelambu dan Taman Dato Hormat yang dijangka pulih sepenuhnya pada 9 malam ini, manakala bagi wilayah Petaling, (99 peratus) air pulih di 69 kawasan kecuali Hospital Serdang yang dijangka pulih pada 6 pagi esok.

Abdul Raof berkata segala usaha dan tumpuan diberikan ke kawasan tersebut bagi meningkatkan tekanan serta aliran di sistem agihan untuk mempercepatkan proses pemulihan seperti yang disasarkan, namun bantuan lori-lori tangki air masih digerakkan.

Untuk maklumat dan status terkini, orang ramai boleh merujuk Facebook, Twitter dan aplikasi telefon bimbit Air Selangor serta laman sesawang www.syabas.com.my atau boleh hubungi talian 15300 atau WhatsApp ke 019-2816793 / 019-2800919 untuk sebarang bantuan.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

FAMA rancang bangunkan tanah wakaf dengan tanaman durian

 
     

Kajian kebolehlaksanaan projek terowong dasar laut belum siap sepenuhnya - Chow

 
     

Geran usahawan hanya untuk yang benar-benar layak - Mohd Redzuan

 
     

Yong bercuti, beri tumpuan kepada perbicaraan kes rogol

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel