Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

MBSA dakwa campur tangan pihak luar gagalkan AGM MPM


Tarikh kemaskini: 29/06/2019




KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Persatuan Sukan Orang Buta Malaysia (MBSA) mendakwa terdapat campur tangan pihak luar yang menggagalkan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) yang ditangguhkan pada hari ini.

Presiden MBSA, Dr S. Radha Krishnan berkata beliau agak terkejut dengan keputusan yang diumumkan oleh Timbalan Presiden MPM, John Ng, sambil mendakwa penangguhan berkenaan akan menjejaskan kredibiliti MPM, selain memberi kesan kepada persiapan atlet para negara menghadapi Sukan Para ASEAN 2019 di Filipina pada Januari depan.

“Kami seolah-olah tidak diberi peluang oleh MPM untuk menyuarakan pandangan pada mesyuarat hari ini, dan saya amat kecewa dengan cara mesyuarat ini dijalankan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas AGM berkenaan di Pusat Kecemerlangan Paralimpik, Kampung Pandan, di sini, hari ini.

Ditanya kemungkinan beliau akan bertanding jawatan Timbalan Presiden MPM, Radha menyerahkan kepada 24 ahli gabungan MPM untuk membuat keputusan sekiranya berminat mencalonkan nama beliau untuk bertanding semula.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung MPM, Siti Zaharah Abdul Khalid yang ditemui pemberita menegaskan pihaknya perlu akur dengan kehendak ahli gabungan yang bersetuju untuk penangguhan AGM berkenaan.

“Saya tidak boleh berikan sebarang komen lanjut kerana 24 ahli gabungan kami memutuskan untuk menangguhkan AGM ini dan kami perlu menghormati keputusan berkenaan,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel