Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pelajar UKM, UPM terima bantuan makanan menerusi BrahimCares


Tarikh kemaskini: 29/06/2019




BANGI, 29 Jun (Bernama) -- Kumpulan Brahim’s Dewina, pengeluar produk makanan sedia dimakan menjalankan khidmat murni dengan menyediakan bantuan makanan kepada pelajar  kurang mampu dari dua universiti awam (IPTA)  menerusi program BrahimCares.

Seramai 100 pelajar masing-maing dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Putra Malaysia menikmati bantuan makanan untuk tempoh 10 minggu iaitu kira-kira satu semester menerusi program khidmat sosial itu yang pertama kali bagi pelajar IPTA.

"Untuk peringkat awal ini, 4,000 paket  bantuan makanan produk Brahim's seperti nasi dan lauk segera dimakan akan disumbangkan kepada pelajar kedua-dua universiti itu.

"Pihak universiti diberi kebebasan untuk memutuskan cara berkesan dan terbaik bagi pengagihan bantuan makanan itu kepada pelajar berkenaan,” kata pengerusi eksekutif  Kumpulan Brahim's Dewina  Datuk Seri Ibrahim Ahmad ketika melancarkan program itu di UKM di sini hari.

Mengulas lanjut, Ibrahim berkata bank makanan  BrahimsCares akan melibatkan lebih banyak universiti pada masa depan dengan jumlah penerima yang berlainan bergantung kepada universiti berkenan.

Beliau berkata pihak syarikat telah memulakan inisiatif sumbangan makanan itu sejak sekian lama menerusi kerjasama Yayasan Bantuan Makanan serta lain-lain pertubuhan bantuan makanan peringkat tempatan dan daerah.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Sultan Nazrin, Tuanku Zara berangkat ke Pertandingan Pidato Diraja 2019

 
     

Tiada lagi pencemaran di Sungai Ulu Benut

 
     

Buluh, daun rumbia hasilkan replika tempua terbesar di Malaysia

 
     

KYP Advanced Skills dialukan dalam penubuhan De' Royal Azizah Culinary School

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel