Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Chong Wei harap pemain M’sia mampu lebur rekod nombor satu dunia paling lama


Tarikh kemaskini: 29/06/2019





KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei harap akan ada pemain Malaysia yang mampu melebur rekodnya selaku pemain yang menghuni tangga nombor satu dunia paling lama.

Pemenang pingat perak tiga kali Sukan Olimpik itu mendapat pengiktirafan dalam The Brandlaureate Book of World Records atas pencapaian cemerlangnya, apabila muncul sebagai satu-satunya pemain badminton yang menduduki ranking nombor satu dunia selama 348 minggu, atau enam tahun dan lapan bulan.

Chong Wei juga pernah berada di takhta teratas dunia dalam acara perseorangan lelaki selama 199 minggu berturut-turut, selain memenangi 69 kejuaraan individu.

“Terima kasih The Brandlaureate Book of World Records. Anugerah ini sangat bermakna terhadap saya. Saya amat berharap pemain yang bakal pecah rekod saya ini nanti pun anak Malaysia, yang lagi ‘terrer’ (hebat), lagi mantap, mungkin lagi ‘handsome’,” katanya dalam entri terkini yang dimuat naik di akaun Instagramnya hari ini.

Chong Wei, 37, yang mengumumkan persaraan pada 13 Jun lalu menerima anugerah itu dalam majlis yang diadakan di sebuah hotel di ibu negara, Khamis.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel