Pm9Ti4xvCVw KOPETRO jalin kerjasama dengan syarikat China tarik pelancong
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

KOPETRO jalin kerjasama dengan syarikat China tarik pelancong


Tarikh kemaskini: 29/06/2019




Oleh Muhammad Mikhail Mohazar

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Syarikat pelancongan tempatan KOPETRO Travel and Tours Sdn Bhd hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan China Global Travel Tours (Holdings) Ltd untuk menjalin kerjasama menarik pelancong dari negara tersebut ke Malaysia.

Inisiatif global kedua yang bakal dilaksanakan oleh anak syarikat Koperasi Kakitangan PETRONAS Bhd (KOPETRO) itu dijangka dapat merangsangkan lagi pertumbuhan industri pelancongan negara.

"Kerjasama ini merupakan usaha untuk menarik pelancong dari China datang bercuti ke Malaysia yang mampu menawarkan pelbagai daya tarikan dan aktiviti pada harga yang kompetitif," kata Pengerusi KOPETRO, Khairu Najhan Zainuddin kepada Bernama, di sini, hari ini.

Beliau ditemui semasa majlis permeterian tersebut bersempena mesyuarat agung perwakilan tahunan KOPETRO kali ke-36 yang dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.

Khairu Najhan berkata melalui MoU tersebut KOPETRO Travel and Tours akan menawarkan pakej pelancongan dan perkhidmatan serta kepakaran sedia ada yang diperlukan oleh pelancong China.

Sebelum ini, syarikat itu telahpun mengorak langkah ke peringkat global sebagai salah sebuah Syarikat Pengurusan Perjalanan (TMC) bagi sektor korporat di Malaysia melalui kerjasama dengan syarikat antarabangsa, WIN Global Travel Network berpangkalan di London.

Menurutnya, kerjasama itu membolehkan syarikat tersebut menawarkan pelbagai perkhidmatan perjalanan korporat dan pelancongan termasuk tempahan tiket penerbangan, hotel, pengangkutan, pengurusan mesyuarat dan acara korporat bertaraf dunia melalui sokongan daripada lebih 6,000 rakan strategik dari 70 negara.

Selain itu, katanya, seiring dengan perkembangan digital, KOPETRO Travel & Tours juga memiliki sistem tempahan dalam talian 'OBT SWIFT' yang menawarkan khidmat tempahan tiket penerbangan dan hotel secara dalam talian yang lebih telus serta menjimatkan kos kepada pelanggan dan syarikat korporat.

Sementara itu, Khairu Najhan berkata KOPETRO mencatatkan prestasi jualan sebanyak RM170 juta dalam tahun kewangan 2018, hampir RM12 juta melebihi sasaran yang ditetapkan.

Berdasarkan prestasi kewangan tersebut, koperasi itu menetapkan kadar dividen sebanyak 9.1 peratus melibatkan pembayaran berjumlah RM9.3 juta.

Dividen itu meliputi modal syer sebanyak 5.3 peratus dan dividen atas modal yuran 3.8 peratus.

Menurut Kementerian Pembangunan Usahawan, KOPETRO yang mempunyai 17,000 ahli merupakan antara 10 koperasi terbaik di negara ini.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel