Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kebanyakan penjualan aset, projek kerajaan dilakukan melalui tender terbuka - Lim


Tarikh kemaskini: 29/06/2019





GEORGE TOWN, 29 Jun (Bernama) -- Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengulangi bahawa kebanyakan projek dan penjualan aset kerajaan dilakukan melalui tender terbuka.

Menjawab pertanyaan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong tentang mengapa Kementerian Kewangan sekarang mencari ejen untuk menjual bangunan konsulat Malaysia di Hong Kong dan tidak sebaliknya menggunakan kaedah tender terbuka, Lim berkata menggunakan kaedah tender terbuka akan melibatkan pelantikan ejen hartanah untuk menjalankan tender terbuka.

"Malah ejen hartanah juga dilantik melalui tender terbuka. Keseluruhan proses adalah melalui tender terbuka tidak seperti kerajaan terdahulu. Jadi, saya tidak faham mengapa dia mempersoalkan proses ini sedangkan ia dilakukan melalui tender terbuka.

"Kami berharap Wee Ka Siong tidak terus berpura-pura tidak faham kerana dia berkali-kali berpura-pura tidak faham semata-mata untuk bermain politik," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa kebakaran di No 661 Jalan Batu Perempuan, Air Itam di sini, hari ini.

Semalam, The Star Online melaporkan bahawa Wee bertanya sama ada ia merupakan prosedur operasi standard (SOP) bagi kerajaan Pakatan Harapan untuk menjual asetnya di luar negara melalui perantara dan broker.

Lim berkata kerajaan telah menetapkan tawaran harga rizab bangunan itu pada RM1.6 bilion.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Pasukan bola sepak Sabah, peserta Unduk Ngadau sertai perarakan Hari Kebangsaan

 
     

Berdepan pertuduhan rogol: Exco Perak dinasihat cuti daripada tugas rasmi

 
     

Senarai penuh Kabinet Sarawak

 
     

Kerajaan PH akan terus laksana polisi beri manfaat pada rakyat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel