Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Megat Shahriman selar kredibiliti MPM


Tarikh kemaskini: 29/06/2019




KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin yang bertanding merebut jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) menyelar badan induk itu kerana memutuskan untuk menangguh Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) bagi memilih anggota exco baharu bagi penggal 2019-2023.

Presiden Persatuan Kanu Malaysia (MASCA) itu mendakwa anggota exco MPM sedia ada perlu dipecat, kerana gagal menjalankan tanggungjawab diamanahkan, sambil menegaskan penangguhan tersebut akan menjejaskan kredibiliti MPM, selaku badan induk sukan yang menjaga atlet para negara.

“Kalau saya dipilih menjadi presiden dan kalau ada keperluan, saya akan memecat mereka yang bertanggungjawab kerana (kemelut) ini tidak bagus.

“Mangsanya atlet dan persatuan sukan serta menjejaskan imej KBS (Kementerian Belia dan Sukan), MSN (Majlis Sukan Negara), ISN (Institut Sukan Negara), PJS ( Pesuruhjaya Sukan) dan MPM itu sendiri. Saya rasa mungkin penaja akan lari kerana mereka tidak mahu terlibat dalam kemelut ini,” katanya kepada Bernama hari ini.

Sebelum ini, Megat Shahriman mempersoal kelayakan pencabarnya, Khairy Jamaluddin untuk merebut jawatan Presiden MPM, kerana mendakwa bekas Menteri Belia dan Sukan itu menggunakan unsur penipuan untuk bertanding jawatan berkenaan.

Megat Shahriman juga dilaporkan telah menghantar bukti penipuan berkenaan kepada Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PPS) bagi menyemak semula kelayakan Khairy yang bertanding atas kapasiti Timbalan Presiden Persekutuan Ragbi Kerusi Roda Malaysia (MWRF) bagi merebut jawatan Presiden MPM.

Timbalan Presiden MPM, John Ng hari ini dilaporkan berkata kesemua 24 anggota gabungan MPM bersetuju untuk menangguhkan AGM bagi penggal 2019-2023 kepada satu tarikh yang akan ditentukan kelak.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Yuran Kelab Berkuda, Rekreasi Rakyat Parlimen Shah Alam hanya RM50

 
     

Lexis Hibiscus Port Dickson dinamakan tempat perkahwinan terkemuka di dunia

 
     

Ibu berpantang harungi banjir bersama bayi berusia 15 hari

 
     

JAS Negeri Sembilan sita kilang disyaki lepaskan enap cemar minyak hitam terpakai

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel