Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

MCPF minta kerajaan beri perhatian kepada kebajikan anggota PDRM


Tarikh kemaskini: 29/06/2019





ALOR SETAR, 29 Jun (Bernama) -- Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) meminta supaya kerajaan memberi perhatian terhadap aspek kebajikan anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang disifatkan masih berada pada tahap yang rendah, kata naib pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Tyhe.

Beliau berkata, perhatian sewajarnya perlu diberikan sebagai dorongan untuk mereka menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.

"Pagi tadi, saya melawat kuarters balai polis Kuala Kedah dan apa yang boleh saya gambarkan ialah keadaan rumah yang daif. Daripada 26 unit rumah yang ada, hanya 16 sahaja yang boleh dihuni berikutan keadaan rumah tidak mengizinkan.

“MCPF berasa kasihan terutamanya terhadap anggota yang berpangkat rendah kerana tidak mendapat kemudahan yang diperlukan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau menghadiri majlis Sambutan Hari Raya MCPF Negeri Kedah serta menyampaikan sijil pelantikan kepada Anggota Jawatankuasa MCPF negeri yang turut dihadiri Ketua Polis Kedah, Datuk Zainuddin Yaacob.

Lee berkata, isu berkaitan kuarters bukan sahaja berlaku di Kedah, malah anggota PDRM di negeri lain juga menghadapi situasi sama terutamanya yang berada di kawasan pedalaman.

"Kita bukan mahu campur tangan tapi ini tanda sokongan MCPF kepada PDRM dan sebab itu saya akan buat satu memorandum kepada Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador untuk maklumkan mengenai lawatan saya ke kuarters polis di sini.

"Kita bukan mendesak tetapi harap kerajaan dapat beri perhatian serius dan banyak aspek lain juga perlu diambil kira termasuk kemudahan di balai polis dan penyelenggaraan kenderaan polis kerana itu semua menggambarkan keberkesanan polis untuk menjaga kesejahteraan dan keamanan negara," katanya.

Beliau juga berharap kerajaan dapat melakukan semakan elaun tetap perumahan anggota polis kerana jumlah RM300 yang diterima selama ini tidak mencukupi terutamanya bagi yang tinggal di bandar besar berikutan peningkatan kos sara hidup.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Pasukan bola sepak Sabah, peserta Unduk Ngadau sertai perarakan Hari Kebangsaan

 
     

Berdepan pertuduhan rogol: Exco Perak dinasihat cuti daripada tugas rasmi

 
     

Senarai penuh Kabinet Sarawak

 
     

Kerajaan PH akan terus laksana polisi beri manfaat pada rakyat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel