Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Brek rosak punca lori rempuh lampu isyarat di Sitiawan


Tarikh kemaskini: 29/06/2019





LUMUT, 29 Jun (Bernama) -- Berpunca daripada brek tidak berfungsi, sebuah kren hilang kawalan sebelum merempuh lampu isyarat dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat di Kampung Koh, dekat sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Muhamad Hanif Othman berkata dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, pemandu kren berumur 42 tahun itu dikatakan datang dari arah Simpang Tiga menghala ke Kampung Cina.

“Apabila tiba di lampu isyarat, brek kren itu tidak berfungsi lalu hilang kawalan dan terbabas melanggar tiang lampu isyarat.

“Akibat kejadian itu, polis mengeluarkan saman kepada pemandu itu manakala kenderaan tersebut  dibawa ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Muhamad Hanif berkata ujian saringan awal air kencing terhadap pemandu negatif dadah dan pemandu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Video berdurasi 32 saat menunjukkan kren itu merempuh sebuah lampu isyarat berkenaan tular di media sosial sejak semalam.

--BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Pasukan bola sepak Sabah, peserta Unduk Ngadau sertai perarakan Hari Kebangsaan

 
     

Berdepan pertuduhan rogol: Exco Perak dinasihat cuti daripada tugas rasmi

 
     

Senarai penuh Kabinet Sarawak

 
     

Kerajaan PH akan terus laksana polisi beri manfaat pada rakyat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel