Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Takrifan penagih dadah bukan penjenayah adalah satu langkah tepat - Dr Afif


Tarikh kemaskini: 29/06/2019





GEORGE TOWN, 29 Jun (Bernama) -- Saranan Kerajaan Pusat menerusi Kementerian Kesihatan untuk tidak melihat penagih dadah sebagai penjenayah adalah satu langkah yang tepat pada masanya.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan Dr Afif Bahardin berkata langkah itu juga bertepatan dengan semangat reformasi Kerajaan Pakatan Harapan dalam membina sebuah Malaysia Baharu yang lebih holistik dan inklusif di setiap lapisan masyarakat.

"Saya juga berpendapat metod pengurusan pencegahan dan pembasmian dadah selama ini sudah tidak sesuai digunapakai memandangkan ianya gagal membanteras gejala penyalahgunaan dadah yang bukan saja bertambah buruk tetapi semakin parah apabila ramai mereka yang terjebak adalah dalam kalangan anak muda," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Katanya kolaborasi Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Kesihatan juga dilihat sebagai satu usaha dan langkah yang harus dipuji dan disokong oleh rakyat Malaysia.

Sehubungan itu, Dr Afif yang juga Pengerusi Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Pulau Pinang menyokong penuh langkah itu yang bersesuaian dengan era Malaysia Baharu dan sekali gus membantu usaha kerajaan dalam mencari solusi terbaik membanteras musuh nombor satu negara.

Pada Isnin (24 Jun), Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata penagih dadah di negara ini kini tidak lagi dilihat sebagai pesalah jenayah yang perlu dihukum sebaliknya pesakit yang memerlukan rawatan dan pemulihan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Pasukan bola sepak Sabah, peserta Unduk Ngadau sertai perarakan Hari Kebangsaan

 
     

Berdepan pertuduhan rogol: Exco Perak dinasihat cuti daripada tugas rasmi

 
     

Senarai penuh Kabinet Sarawak

 
     

Kerajaan PH akan terus laksana polisi beri manfaat pada rakyat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel