Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Siasatan kematian Teoh: Peguam Negara keluar kenyataan minggu depan


Tarikh kemaskini: 29/06/2019





KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Jabatan Peguam Negara dijangka mengeluarkan kenyataan berhubung siasatan kes kematian Teoh Beng Hock pada minggu depan, kata Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya serahkan siasatan kes ini kepada pihak Peguam Negara dan sebelum ini secara tidak rasmi  beliau (Tommy Thomas) ada menghubungi saya dan akan mengeluarkan kenyataan lanjut berhubung kes berkenaan.

“Peguam Negara lebih mengetahui perkara ini bagi menjelaskan tindakan pengklasifikasian semula kes kematian Teoh,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan Program Kelestarian Pertubuhan, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, di sini hari ini.

Ditanya mengenai dakwaan Anggota Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh bahawa beliau memperkecilkan anggota keluarga Teoh dengan membangkitkan isu pampasan yang diterima mereka, Muhyiddin menafikan dakwaan berkenaan. 

“Beliau (Ramkarpal Singh) salah faham dengan kenyataannya sebelum ini yang mahu menyerahkan kepada peguam negara untuk membuat keputusan berhubung isu ini.

“Mungkin ada salah faham. Ada ke dengar saya katakan dan saya salahkan keluarga. Mungkin dia (Ramkarpal) tidak hadir, bahkan anggota keluarga sudah melalui proses yang panjang yang bermula daripada inkues dan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI),” kata Muhyiddin.

Teoh ditemui mati pada 16 Julai, 2009 di tingkat lima bangunan Plaza Masalam, Shah Alam selepas memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di tingkat 14 bangunan sama.          

Mendiang ialah Setiausaha Politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru Selangor, Ean Yong Hian Wah, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan ketika itu.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel