Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Keterangan pegawai penyiasat dalam inkues kematian tahanan akan disiasat


Tarikh kemaskini: 29/06/2019





KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Polis akan menjalankan siasatan lanjut berhubung keterangan pegawai penyiasat, dalam satu prosiding inkues Rabu lepas melibatkan kes kematian tahanan dalam lokap pada 2017.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata pihaknya telah menerima laporan polis yang dibuat Koordinator Program Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Mohammad Aishatri Abdullah, pada hari yang sama berkaitan perkara itu dan siasatan akan dibuat tanpa menjejaskan prosiding inkues yang sedang berjalan.

“Polis juga meminta kerjasama semua pihak supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan tanpa sumber sahih, kerana dikhuatiri menganggu siasatan pihak polis serta prosiding inkues yang sedang dijalankan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mazlan berkata orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat, boleh menyalurkannya dengan menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 9999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

Semalam, dua kumpulan iaitu, Suaram dan ‘Menghapuskan Kematian dan Penderaan Dalam Tahanan’ (Edict) mendakwa polis memusnahkan bukti penting, seperti rakaman kamera litar tertutup dan rekod penting berhubung inkues berterusan berhubung siasatan lelaki yang mati dalam tahanan di lokap polis Jinjang.

Inkues yang dijalankan di Mahkamah Koroner pada Rabu lepas, menyaksikan pegawai penyiasat (IO), Shahruddin Rajab memberi keterangan bahawa rekod perubatan dan pendaftaran masuk untuk 2017 telah dilupuskan.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel