Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tindakan tegas terhadap samseng lindungi sindiket sampah import - Muhyiddin


Tarikh kemaskini: 29/06/2019





KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bertindak tegas sekiranya terdapat kumpulan samseng yang cuba melindungi sindiket sampah import di negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata jika perbuatan sedemikian dikesan berlaku di negara ini, maka ia tidak boleh dibiarkan.

Beliau berkata perbuatan sedemikian sudah tentu menyalahi undang-undang negara dan tindakan perlu diambil untuk membanterasnya.

“Ketua Polis Negara (Datuk Seri Abdul Hamid Bador) tidak akan beri ruang kepada mereka ini (kumpulan samseng)...mesti ada tindakan. Jika ada maklumat berhubung isu ini, saya minta segera lapor kepada PDRM,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan Program Kelestarian Pertubuhan, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan terdapat kumpulan samseng yang cuba melindungi sindiket sampah import di negara ini.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel