Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Yayasan Bank Rakyat rai penerima sulung biasiswa lanjut pengajian di UM


Tarikh kemaskini: 29/06/2019





KUALA LUMPUR, 28 Jun (Bernama): Yayasan Bank Rakyat (YBR) hari ini meraikan 7 penerima Biasiswa Yayasan Bank Rakyat, yang menerima tawaran melanjutkan pengajian di Universiti Malaya.

Mereka  merupakan antara 15 orang penerima sulung Biasiswa Yayasan Bank Rakyat yang dilancarkan awal tahun ini.

Pengurus Besarnya, Norashikin Shaharudin, berkata Biasiswa Yayasan Bank Rakyat sangat istimewa kerana disamping pembiayaan yuran pengajian ia turut menawarkan pembiayaan sara diri yang tinggi, selain memberi peluang kepada pelajar untuk mengikuti penempatan di universiti luar negara.

"Sebagai sebuah organisasi yang meletakkan penambahbaikan berterusan sebagai salah satu penekanan utama kami, kami berharap untuk terus mempergiatkan usaha membangun modal insan negara melalui bantuan pengajian dan biasiswa yang disediakan untuk mengisi keperluan negara,” katanya ketika ditemui di program Minggu Haluan Siswa Universiti Malaya, disini, hari ini.

Norashikin berkata, YBR berfungsi untuk membantu lepasan sekolah daripada keluarga kurang berkemampuan yang berhak mendapat akses kepada pelbagai program pembangunan modal insan dan bantuan pengajian supaya mereka dapat memenuhi impian untuk mengikuti pendidikan tinggi di universiti.

Sehingga kini, YBR telah membiayai pengajian seramai 4,904 mahasiswa sejak ia mula beroperasi pada 2007 di bawah produk terasnya iaitu Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah dengan lebih daripada 600 penerima  telah berjaya menamatkan pengajian di mana kebanyakan mereka kini berjaya mendapatkan tempat di syarikat dan organisasi terkemuka di seluruh negara.

--BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel