Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

IEMNS bantu pupuk minat dalam sains, matematik dalam kalangan masyarakat


Tarikh kemaskini: 30/06/2019





SEREMBAN, 29 Jun (Bernama) -- Penyertaan Institusi Jurutera Malaysia Cawangan Negeri Sembilan (IEMNS) selaku masyarakat berilmu dalam aktiviti kemasyarakatan sejajar dengan hasrat kerajaaan untuk meningkatkan tahap serta memupuk minat terhadap sains dan matematik dalam kalangan rakyat khasnya generasi muda. 

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata usaha IEMNS dalam mempromosikan pengetahuan dan ilmu sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik atau STEM kepada pelajar-pelajar sekolah juga adalah amat dialu-alukan. 

“Saya berharap IEMNS dapat meneruskan usaha murni ini... pihak kerajaan negeri akan memberi sokongan dan kerjasama yang diperlukan,” katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah dan Makan Malam IEMNS 2019 di sini, hari ini.

Turut hadir, Anggota Parlimen Rasah Cha Kee Chin, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru negeri Teo Kok Seong dan Pengerusi IEMNS  Dr Oh Seong Por. 

Dalam pada itu Aminuddin juga berkata tidak dinafikan, ilmu sains dan matematik ialah teras untuk menguasai teknologi digital yang sedang memacu industri 4.0. 

“Penggunaan internet benda (IoT), kecerdasan buatan (AI), dan automatik  pintar  yang semakin berleluasa di berbagai sektor khususnya pembuatan dan komersial memerlukan sumber tenaga teknikal yang arif tentang teknologi digital ini.

Sekali lagi, jurutera perlu membina diri dengan pengetahuan teknologi digital dan bersedia untuk menyahut cabaran Industri 4.0. Berbagai aplikasi digital sedang dan akan mempengaruhi cara hidup dan cara kerja. Jadi persediaan awal dan rapi adalah penting,” katanya. 

-- BERNAMA 

 


 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel