Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sebuah paramotor terhempas, dua mangsa dilaporkan melecur


Tarikh kemaskini: 30/06/2019





SEREMBAN, 29 Jun (Bernama) — Sebuah bangkai paramotor ditemui di sebuah kawasan semak di Purun, Kuala Klawang, dekat sini yang dipercayai terhempas kira-kira pukul 3.30 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Jelebu DSP Kamarul Rizal Jenal berkata paramotor yang rentung itu ditemui sepasukan anggota dari Balai Polis Titi dan dilaporkan terdapat dua orang mangsa yamg terlibat.

"Berdasarkan maklumat awam yang diterima pukul 3.36 petang tadi terdapat sebuah paramotor dipercayai terhempas di kawasan Purun dan maklumat daripada orang awam turut mendakwa terdapat dua mangsa cedera dan melecur dalam kejadian tersebut.

“Bagaimanapun siasatan di lokasi menemui bangkai dipercayai paramotor terbakar di kawasan berkenaan namun tiada mangsa ditemui," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. 

Kamarul Rizal berkata bagaimanapun usaha mengesan mangsa akhirnya berjaya menemukan kedua-dua mangsa ini yang dikenali sebagai Les Zsort Wrosmarty warga Amerika Syarikat dan Siow Moon Yoew rakyat tempatan.

Katanya kedua-dua mangsa dilaporkan melecur antaranya di bahagian muka, tangan dan kaki. 

“Kedua-dua mangsa telah mendapatkan rawatan awal di Hospital Jelebu dengan alasan terjadi kebakaran di bengkel bekerja dan tidak memberitahu perkara sebenar. Mangsa kemudiannya telah dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk rawatan lanjut.

 “Bahagian Siasatan Kemalangan Udara Kementerian Pengangkutan telah dimaklumkan berhubung penemuan tersebut.

"Kawasan insiden dikawal dan pihak forensik dibawa masuk untuk membantu siasatan," katanya.

— BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel