Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kenaikan gaji warga ATM dikaji - Mohamad


Tarikh kemaskini: 30/06/2019





SUNGAI BULOH, 30 Jun (Bernama) -- Pelaksanaan kenaikan gaji buat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan dikaji, kata Menteri Pertahanan Mohamad Sabu.

Beliau berkata, perkara itu perlu dipertimbangkan kerajaan seperti mana saranan kenaikan gaji bagi anggota polis berpangkat rendah oleh Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador awal Jun lepas.

“Kami juga akan bersama-sama menyokong cadangan itu.

“Kami juga bersetuju jika ia (gaji) dikaji dari semasa ke semasa,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi Tentera ke-54 di Dewan PERHEBAT, Kem Sungai Buloh, di sini.

Abdul Hamid sebelum ini menyuarakan pandangan agar gaji, logistik dan keperluan anggota polis berpangkat rendah dapat diberi keutamaan dalam usaha meningkatkan integriti pasukan itu.

Beliau berkata gaji yang diperoleh golongan berkenaan iaitu daripada berpangkat sarjan ke bawah adalah rendah dan tidak mampu menampung kos sara hidup terutama bagi mereka yang bertugas di bandar besar.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     

Sultan Nazrin rasmi Ekspo Antarabangsa Perak 2019

 
     

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel