Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Penjawat awam Negeri Sembilan diingat turun padang bagi mengetahui masalah rakyat


Tarikh kemaskini: 30/06/2019





SEREMBAN, 30 Jun (Bernama) -- Penjawat awam di Negeri Sembilan diminta mengamalkan budaya turun padang bagi mengetahui masalah dan keperluan rakyat serta mengambil tindakan segera sebelum sesuatu isu menjadi lebih serius.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata mereka perlu peka dan memahami perkara yang berlaku di sekeliling mereka di samping memaklumkan kepada pihak berwajib jika sesuatu perkara itu di luar bidang tugas mereka.

"Walaupun ada perkara yang bukan melibatkan tugasan mereka, tetapi mereka kena maklumkan juga kepada pihak atasan supaya perkara itu dapat diselesaikan dengan baik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampian hadian program Kindness Day: Larian Amal Cabaran Bukit Putus Peringkat Kebangsaan 2019, di KIP Mall Senawang, dekat sini, hari ini.

-- BERNAMA

 

 


 

   

 
 
     
   
 

Beruang matahari diselamatkan dari rumah panjang di Betong

 
     

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     

Sultan Nazrin rasmi Ekspo Antarabangsa Perak 2019

 
     

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel