qt6K8O4Upic Datuk Suriani Ahmad mula tugas sebagai Ketua Setiausaha KKMM baharu
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Datuk Suriani Ahmad mula tugas sebagai Ketua Setiausaha KKMM baharu


Tarikh kemaskini: 01/07/2019





PUTRAJAYA, 1 Julai (Bernama) -- Datuk Suriani Ahmad memulakan tugas sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Suriani, 50, sebelum ini merupakan Pengarah Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).

Beliau juga pernah menyandang jawatan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) pada November 2017.

Beliau berkelulusan Sarjana Muda Komunikasi (Kepujian) Universiti Sains Malaysia (USM) dan Sarjana Strategi dan Diplomasi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Sepanjang perkhidmatan, Suriani juga pernah menjawat jawatan penting di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Kementerian Pertahanan.

Terdahulu, Suriani tiba kira-kira pukul 8.30 pagi mengetip kad perakam waktu di lobi KKMM di sini.

Beliau selepas itu mengadakan taklimat bersama ketua-ketua jabatan dan agensi di bawah kementerian.

Suriani dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo di Angkasapuri, Kuala Lumpur kira-kira pukul 11.20 pagi.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Penggiat industri pelancongan Johor telah diberi taklimat berhubung koronavirus - Exco

 
     

Pengusaha cendawan turut terjejas akibat cuaca panas

 
     

Tapak relau peleburan besi purba ditemukan di Kedah

 
     

Usah biarkan warisan di Kota Bukit Supai terus sepi

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel