Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Chong Wei akan terus bersama BAM bagi sesi sparring - Syed Saddiq


Tarikh kemaskini: 01/07/2019





KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Kementerian Belia dan Sukan akan memastikan bahawa legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei akan terus bersama dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk terus adakan sesi ‘sparring’ bersama dengan atlet muda sebagai usaha melahirkan lebih ramai pemain badminton berprestasi tinggi.

Menurut menterinya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Chong Wei juga berniat membina satu Akademi Datuk Lee Chong Wei di Kedah.

“Dalam memastikan khidmat bakti beliau dapat dipanjangkan, kita akan melakukan sesi rundingan seterusnya untuk mengguna bakatnya dalam memartabatkan badminton negara selepas beliau bercuti,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat hari ini.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

K'jaan Selangor sedang proses kelulusan tapak tanah Highland Towers untuk dibangunkan semula

 
     

Kedah nafi keluarkan watikah kurniaan Ahli Kehormat DiRaja

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort 448 orang

 
     

PGA9 rampas rokok putih bernilai RM750,000

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel