Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Minggu MyFinTech 2019: Tongdun International kongsi ‘AI adalah Masa Depan’


Tarikh kemaskini: 01/07/2019





KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Tongdun International yang berpangkalan di Singapura baru-baru ini menyertai MyFinTech Week 2019 (MyFW 2019) yang dihoskan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Bertema ‘Shifting Tides: Future of Finance’, Presiden Tongdun, Jackal Ma hadir pada majlis perdana pertama BNM itu sebagai ahli panel dan penceramah pada sesi ceramah mengenai teknologi.

Beliau berkongsi mengenai 'AI adalah Masa Depan' dan pengalamannya sendiri mengenai bagaimana Tongdun berubah kepada pembekal perkhidmatan FinTech untuk meningkatkan kehidupan dengan memanfaatkan analisis membuat keputusan.

Apabila aktiviti penipuan berleluasa disebabkan oleh ledakan digital, beliau menerangkan bagaimana teknologi kecerdasan buatan (AI) dapat menyekat penipuan digital, sebagai contoh, Malaysia berada pada peringkat awal penemuan FinTech, keadaan yang serupa dengan China, beberapa tahun lalu.

Peringkat inkubasi awal pembangunan FinTech sangat kritikal dalam meletakkan asas yang stabil untuk membuka jalan ke arah transformasi digital institusi kewangan."

MyFW 2019 memberi tumpuan kepada lima bidang utama yang terdiri daripada kemasukan kewangan, ekonomi digital, insurtech, kewangan Islam dan keselamatan siber.

Ditubuhkan pada 2013, Tongdun Technology yang berpusat di Hangzhou, China ialah penyedia perkhidmatan pengurusan risiko pintar profesional pihak ketiga.

Tongdun komited membangunkan rangkaian integriti untuk mengintegrasikan AI ke dalam pengurusan risiko bagi menyediakan perniagaan kecil atau mikro penyelesaian kawalan risiko pintar komprehensif yang sangat cekap.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Hutang awam kerajaan negeri Perlis meningkat kepada RM403.32 juta

 
     

Latihan kemahiran percuma kepada kumpulan B40 dperluas ke Sabah, Sarawak - NIOSH

 
     

Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya, semua PPS ditutup tengah hari ini

 
     

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel