Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kertas putih Felda: PDRM jalankan siasatan


Tarikh kemaskini: 01/07/2019





KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung dua daripada lapan urus niaga meragukan seperti yang terkandung dalam laporan Kertas Putih Felda.

Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata dua kes itu melibatkan pembelian saham syarikat peladangan Indonesia Eagle High Plantation dan projek pembangunan Kuala Lumpur Vertical City.

"Sebagai kerajaan yang menekankan pemerintahan mengikut undang-undang, adalah wajar pihak berkuasa diberi ruang bagi melengkapkan siasatan bagi memastikan proses perundangan berjalan berdasarkan rule of law," katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan asal Datuk Johari Abdul (PH-Sungai Petani) yang ingin tahu tindakan kerajaan dan jumlah kes yang telah dibawa ke mahkamah susulan pembentangan Kertas Putih yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada April lepas.

Dr Mohd Radzi berkata tindakan susulan dalam masa terdekat juga akan diambil terhadap baki enam lagi pembelian dan pelaburan yang dibentangkan dalam Kertas Putih berkenaan.

"Walaupun hanya lapan urus niaga diberikan fokus dalam Kertas Putih, ia tidak bermakna Felda mengabaikan mana-mana pembelian atau pelaburan lain yang meragukan," katanya.

Pada 10 April lepas Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali membentangkan Kertas Putih ‘Ke Arah Kelestarian Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda)’ di Dewan Rakyat yang menjelaskan mengenai isu dihadapi Felda serta pelan pemulihan bagi mengembalikan keyakinan rakyat dan memastikan peneroka terus dibela oleh kerajaan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

K'jaan Selangor sedang proses kelulusan tapak tanah Highland Towers untuk dibangunkan semula

 
     

Kedah nafi keluarkan watikah kurniaan Ahli Kehormat DiRaja

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort 448 orang

 
     

PGA9 rampas rokok putih bernilai RM750,000

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel