Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

KBS harap Lee Chong Wei terus tabur bakti


Tarikh kemaskini: 01/07/2019





KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Kementerian Belia dan Sukan berharap bekas jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei terus bersama dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam usaha mengangkat dan memartabatkan sukan badminton walaupun telah bersara.

Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata khidmat Chong Wei amat diperlukan termasuk  dalam mengadakan sesi ‘sparring’ bersama atlet muda.

“Kementerian juga dimaklumkan bahawa Chong Wei turut berniat dalam satu kolaborasi untuk membina akademi badminton di Kedah.

Namun, buat masa ini kita berikan beliau sedikit ruang dan masa untuk berehat seketika sebelum kembali berunding untuk menggunakan bakatnya dengan terus berkhidmat dalam mengangkat dan memartabatkan sukan badminton negara,” katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (PH-Tanah Merah) sama ada kementerian itu akan menggunakan khidmat Chong Wei bagi melahirkan lebih ramai pemain badminton berprestasi tinggi.

Syed Saddiq juga berkata pihaknya dengan persetujuan bersama Majlis Olimpik Malaysia (MOM) telah melantik Chong Wei sebagai Chef de Mission ke Sukan Olimpik 2020 di Jepun.

“Saya yakin aura, nasihat dan bimbingan beliau bakal memberikan sumber inspirasi kepada atlet muda yang lain untuk terus berbakti  kepada negara dan akhirnya mampu menyumbang pingat emas pertama kepada Malaysia dalam Sukan Olimpik,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Penetapan wawasan baharu ISOM untuk APEC terima respons positif

 
     

Kilang proses minyak kapal terpakai diarah tutup

 
     

Banjir kilat landa beberapa kawasan di Kuching

 
     

Empat ADUN pembangkang gesa Perlis terima pegawai SPRM

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel