MovCiyIBJ8w Lulu buka pasar raya hiper kedua di Malaysia
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lulu buka pasar raya hiper kedua di Malaysia


Tarikh kemaskini: 01/07/2019





KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Lulu Group, satu daripada pengendali runcit terbesar di Asia Barat, dengan rasminya membuka pasar raya hiper keduanya di sini, manakala empat lagi dirancang dibuka menjelang 2020.

Pasar raya baru itu dirasmikan oleh Menteri Perdangangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna,  Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hari ini.

Bangunan pasar raya hiper itu yang berukuran lebih 7,400 meter persegi terletak di alamat 1 Shamelin Shopping Mall di Cheras, adalah juga cawangan global Lulu yang ke-174. 

Pengerusi Lulu Group, Yusuff Ali berkata, pembukaan cawangan baru itu adalah sebahagian daripada  perancangan perluasan syarikat itu di Malaysia dan syarikat komited akan membuka empat lagi pasar raya hiper di bahagian lain di negara ini sebelum berakhirnya 2020.

“Ia termasuk di Setia City Mall, Bangi Gateway, Bachang di Melaka dan Johor Bahru,” katanya.

Syarikat yang berpangkalan di Abu Dhabi itu dijangka membuka lebih 5,000 peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Pada masa kini, Lulu Malaysia mempunyai lebih 300 pekerja di dua pasar rayanya di negara ini.

Pasar raya pertama Lulu di Malaysia terletak di CapSquare, dibuka pada 2016.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Pasukan bola sepak Sabah, peserta Unduk Ngadau sertai perarakan Hari Kebangsaan

 
     

Berdepan pertuduhan rogol: Exco Perak dinasihat cuti daripada tugas rasmi

 
     

Senarai penuh Kabinet Sarawak

 
     

Kerajaan PH akan terus laksana polisi beri manfaat pada rakyat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel